Sebelum membuat permohonan, pastikan anda ada maklumat berikut:
1. Nombor kad pengenalan ‘MyKad’
2. Alamat email semasa
3. Keputusan SPM/STPM/ Diploma atau mana-mana kelayakan yang akan digunakan untuk memohon
4. Maklumat Ibubapa/penjaga (termasuk no. Kad Pengenalan)
5. Pilihan program pengajian di KPTM. Sila klik pautan untuk melihat senarai program dan syarat kelayakan minima setiap program.
Semasa mengisi maklumat:
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. (Maklumat bertanda * adalah diperlukan yang membolehkan permohonan dihantar.)
Sila pastikan anda mengisi kotak perakuan Saya mengaku bahawa maklumat yang di berikan dalam borang ini adalah benar’. Permohonan anda hanya akan diproses sekiranya bahagian ini dilengkapkan.
Tekan butang 'Submit' sekiranya anda telah berpuashati dengan semua maklumat yang diisi adalah tepat.